Sains Teknologi Kejuruteraan Dalam Islam
SAINS TEKNOLOGI KEJURUTERAAN DALAM ISLAM
Nama Ahli kumpulan 4:
1)Muhammad Haikal bin Muhammed Kuhonaiyakin 06DKM17F1003
2)Shahril Badrul bin Othman 06DKM17F1031
3)Hilman bin Norhalim 06DKM17F1048
2.4 IMPAK/KESAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
Jika dilihat, bidang sains, teknologi dan kejuruteraan sebenarnya tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain. Ilmu ini juga sebenarnya mempunyai perkaitan antara dunia islam silam dan masa ini. Kemajuan teknologi kini merupakan sebahagian daripada matlamat dan kepentingan hidup seseorang yang dapat memperkukuh imanannya kepada Allah SWT. Dalam hal ini, tidak dapat menafikan bahawa sains teknologi dan kejuruteraan sangat penting ,terutama pada dunia hari ini.
2.4.1.IMPAK PENGABAIAN SAINS DAN TEKNOLOGI KE ATAS UMAT ISLAM
Sains dan Teknologi merupakan satu keperluan kepada survival umat untuk merealisasikan islam terzahir dalam penghasilan produk dan tatacara takbir urus yang mengutamakan maksud syariat.
⟶ Bidang sosial
- Umat islam akan ketinggalan jauh berbanding dengan bangsa lain yang lebih maju.
- Umat islam akan dipandang hina oleh bangsa beragama lain.
- Umat islam bergantung pada kuasa asing.
- kebanyakkan penguasaan bidang ekonomi dan teknologi akan didominasi oleh bangsa asing.
- Umat islam akan ditindas dan seterusnya dijajah olah bangsa dan agama lain.
- Umat islam menjadi masyarakat yang tidak berdikari untuk memimpin negaranya sendiri.
- Penerapan dan pelaksanaan sains teknologi dan kejuruteraan akan terpisah daripada nilai nilai agama sebenar.
- Unsur-unsur kesepaduan ilmu dengan agama sudah tidak wujud lagi.
- Perlaksanaan sistem pendidikan yang dilaksanakan secara dualisme.
- umat islam bergantung pada sains dan teknologi barat yang akan menimbulkan masalah kepada umat islam sendiri
- memberi keuntungan yang besar kepada dunia teknologi barat sendiri
- umat islam semakin mundur dan malas untuk mencipta teknologi baru yang boleh digunakan oleh umat sejagat
2.5.KEBAIKAN DAN KEBURUKAN SAINS DAN TEKNOLOGI KEJURUTERAAN UMAT ISLAM.
Sains dan teknologi menyumbang kepada pembanganan peradaban tamadun manusia. Sains dan teknologi konvensional adalah sekular dan terbukti mendatangkan kemudaratkan kepada alam sekitar, sistem ekonomi dan sosial. hal ini kerana ,tiada nilai-nilai keinsanan dalam sains barat dan telah terbukti bahawa sains dalam al quran adalah lebih bersifat 'rabbani' dan mengandungi epistemologi sains tauhidik.
Dalam menjelaskan kebaikan dan keburukan sains dan teknologi ini ,tiga isu besar akibat pembangunan adalah pencemaran alam sekitar dan pemasaran global , kewangatan ekonomi yang diakibatkan oleh manipulasi dan spekulasi sistem perbankan dan kewangan serta gelaja sosial yang kerterlaluan seperti seksualisme, keruntuhan moral ,LGBT ,dan konsurisme.
Kebaikkan dan keburukkan adalah dua elemen yang ada dalam apa-apa jua kerja yang dilakukan . Sains dan teknologi akan menjadi baik dan bermanfaat atau buruk dan merosakkan adalah bergantung pada cara penggunaannya sama ada secara bestari dan patuh syariat atau sebaliknya.
JADUAL 2.2 KEBAIKAN DAN KEBURUKAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN TERHADAP UMAT ISLAM MENGIKUT BIDANG
⟶BIDANG /ASPEK
- PERTAHANAN
- Mampu melindungi negara daripada serangan musuh. Contohnya, penciptaan senjata dan kelengkapan perang.
- Membawa kepada kemusnahan dunia termasuklah alam sekitar dan nyawa yang terkorban .
- Menyebabkan berlaku rusuhan.
- Menyebabkan perebutan kuasa.
- TEKNOLOGI MAKLUMAT
- Membolehkan semua lapisan masyarakat mendapat maklumat dengan begitu mudah.
- Jalan dakwah terbuka luas (alternatif medan dakwah)
- Maklumat dapat dicapai dengan pantas berhubungan antara satu sama lain tanpa sempadan.
- Generasi muda terpengaruh dengan kelebihan teknologi.
- Teknologi mengabaikan nilai-nilai murni.
- Berlakunya pencerobohan maklumat.
- Pengubahsuaian terhadap sesuatu fakta atau gambar akan berlaku.
- Berlakunya kegiatan seks melalui internet sahaja.
- Mampu menghasilkan makanan yang diubah suai genetiknya dengan mempunyai ciri-ciri terbaik seperti tahan lama,sedap, dan bermutu.
- Teknik dan teknologi pertanian mengalami tranformasi.
- Membantu meningkatkan produktiviti.
- Membantu dalam penghasilkan baka,benih dan racun dalam sektor pertanian.
- Sumber genetik yang digunakan untuk mengubah suai makanan mengandungi bahan yang dilarang dalam syarak.
- GMF memberi kesan terhadap kesihatan manusia kerana mengandungi bendasing yang tidak diketahui kesan buruknya.
- Pengklonan
- Memberi pengetahuan kepada manusia.
- Disalahgunakan oleh pihak tertentu.
- Menyimpang dari landasan agama yang sebenar kerana menyalahi dan melanggar ciptaan Allah SWT.
- Perubatan.
- Banyak kelebihannya dalam membantu mengatasi pelbagai penyakit.
- Pengunaan embryonic stem cell bakal disalahgunakan untuk kegunaan pengklonan manusia
- Teknologi laser
- Mengantikan peranan kabel dengan fiber optik untuk bidang komunikasi dan perindustrian.
- Maklumat yang dihantar adalah lebih cepat dan tepat meminimumkan kehilangan data.
- Penyelewengan pengunaan akan berlaku.
- Mudah diubah suai oleh golongan yang mahir dan pakar.
2.6 PENCAPAIAN TAMADUN ISLAM DALAM ISLAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
Ketamadunan sains teknologi dan kejuruteraan dalam islam bukanlah perkara asing dalam pencapaian kemajuan dunia. Para sarjana islam telah mempelopori kebanyakkan bidang sains gunaan ini dalam menghasilkan pelbagai dapatan penerokaan, inovasi dan hasil metod yang terkini.
2.6.1 KEPERLUAN UNTUK MENGKAJI SEJARAH DAN KAITANNYA DENGAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
Al-quran telah menjelaskan dan menunjukkan betapa pentingnya sejarah dan hubungannya dengan kewujudan sesebuah tamadun manusia melalui peristiwa-peristiwa serta contoh -contoh umat terdahulu. Kisah yang dipaparkan dan diceritakan dalam al-quran sebenarnya merupakan satu peristiwa yang benar-benar berlaku dan perlu dijadikan pengajaran kepada kita pada hari ini.
Allah SWT telah berfirman di dalam Al-Quran berkaitan dengan peristiwa sejarah yang dianggarkan sebanyak 1000 ayat. Didalamnya terdapat kisah kisah nabi dan rasul, contohnya tentang kehebatan kerajaan Thamud ,Kaum 'AD , kaum Madyan dan keingkaran raja Firaun.
Tujuan dan matlamat utama kisah -kisah dan peristiwa tersebut dinyatakan di dalam al-Quran seperti yang berikut;-
➞Menjadi contoh dan teladan
- Kisah para nabi dalam al -Quran bukan sekadar paparan ,sebaliknya mengajak manusia berfikir tentang pengalaman lalu sebagai teladan kepada generasi seterusnya
➞Mengesahkan kebenaran al-Quran
- Umat manusia kini sering memerlukan bukti terhadap kebenaran sesuatu perkara .Maka , segala kisah yang diceritakan di dalam al-Quran ialah kitab yang diwahyukan oleh Allah SWT kepada nabi Muhammad SAW sebagai panduan hidup manusia. Di dalam al-Quran tiada satu perkataan yang makna dan implikasi untuk menjadikan panduan untuk umat islam. Susun atur ayat di dalam al-Quran sudah cukup membuktikan bahawa gaya bahasanya bukanlah ciptaan manusia.
- Kisah dan peristiwa yang berlaku dan diceritakan dalam al-quran adalah yang untuk mendidik manusia .Bermula dengan berfikir dan disusuli dengan kefahaman , maka manusia akan menganalisis setiap episod dalam sejarah sebagai bahan berfikir yanag berstatus tindakan berimpak dan membina motivasi manusia.
- Segala peristiwa yang dijelaskan dalam al-Quran adalah untuk membuktikan bahawa segala perkara yang dijanjikan Allah SWT adalah untuk membuktikan bahawa segala perkara yang dijanjikan Allah SWT ialah elemen -elemen asuhan dan didikan kepada umat . Jatuh bangunan serta berjaya atau gagalnya sesuatu perkara merupakan sebuah janji yang ditepati Allah SWT. Amalan buruk dibalas dengan azab ,manakala amalan baik dijanjikan dengan ganjaran pahala dan balasan yang baik.
2.6.2 SEJARAH SAINS DAN TEKNOLOGI ZAMAN NABI
Al-Quran banyak menceritakan kisah dan peristiwa peristiwa yang berlaku pada zaman nabi dan umat terdahulu. Allah SWT menceritakan peristiwa -peristiwa tersebut adalah pedoman dan panduan kepada manusia pada hari ini .Berikut adalah antara kisah yang terdapat dalam al-Quran berkenaan dengan sejarah umat terdahulu.
➞Kisah Nabi Adam A.S
- Nabi Adam a.s. merupakan nabi dan manusia pertama bergelar khalifah Allah SWT .
- Baginda diciptakan setelah Allah menjadikan dunia.
- Allah mengajarkannya ilmu melalui perantaraan malaikat Jibril a.s.
- Nabi Idris ialah keturunan yang ke-6
- Orang pertama yang menulis menggunakan pena
- Orang pertama mengenakan baju berjahit
- Orang pertama menggunakan pakaian berkulit.
- Nabi Nuh ialah nabi keempat
- Baginda menyampaikan dakwah selama 950 tahun tetapi ditolak oleh kaumnya.
- Akibat keingkaran kaum, Allah telah memerintah nabi Nuh a.s. untuk membina kapal bagi meyelamatkan diri apabila musim banjir melanda kelak
- Baginda juga pakar dalam bidang sains , metametik dan teknologi logam.
- Daud bin Yisya ialah keturunan ke -13
- Tinggal di Baitul al-Laham
- Kepakaran dalam membuat baju besi untuk peperangan
- Nabi Sulaiman dapat memahami semua bahasa termasuklah bahasa haiwan
- Menpunyai sebuah kerajaan yang luas pemerintahannya meliputi makhluk jin
2.6.3 TEKNOLOGI KAUM TERDAHULU DAN PENGAJARAN DARIPADA PERISTIWA YANG BERLAKU
Pencapaian tamadun dalam bidang teknologi pada zaman lampau adalah hasil usaha kesarjanaan masyarakat pada ketika itu. Peristiwa yang mereka lakarkan merupakan bahan pengajaran untuk umat sejagat yang menjadi guru paling berkesan dalam mendepani cabaran mendatang:-
TEKNOLOGI KAUM TERDAHULU DAN PENGAJARAN DARIPADA PERISTIWA YANG BERLAKU
↝KAUM TERDAHULU
- Kaum 'Ad (Kaum Nabi Hud)
- Pakar dakam membina bangunan yang tinggi-tinggi tiangnya.
- Merupakan kaum yang sangat kuat dan kukuh dari segi sistem pemerintahannya.
- Allah SWT telah membinasakan mereka kerana ingkar kepada perintah-Nya
- Allah membinasakan mereka dan bangunan-bangunan yang tinggi dengan ribut kencang.
- Kaum Thamud (Kaum Nabi Soleh)
- Kepakaran dalam memahat batu-batu besar yang dapat dilihat di lembah (wadil-qura ,iaitu tempat tinggalnya)
- Mereka telah dibinasakan oleh Allah SWT dengan satu letusan suara yang sangat menggemparkan pada waktu pagi
- mereka telah dibinasakan dengan petir yang sangat dahsyat
- Teknologi Firaun
- Kepakaran pada masa itu adalah menguasai bangunan-bangunan kukuh
- Negeri mereka dibinasakan
- Kaum ini telah ditenggelam oleh Allah SWT akibat kesombongan dan keingkaran mereka
2.6.4 SEJARAH SAINS DAN TEKNOLOGI PADA ZAMAN RASULULLAH SAW DAN ZAMAN KERAJAAN ISLAM
Tiada keraguan yang dapat menafikan Rasulullah SAW dan era para sahabat merupakan asas kepada perkembangan sains teknologi dan kejuruteraan. Islam ialah sistem hidup yang dinamik,fleksibel dan berpijak di bumi yang nyata.Catatan kronologi proses islam membugar dalam bidang sains teknologi dan kejuteraan melalui petunjuk Rasulullah SAW dan para sahabat.
PENCAPAIAN SAINS DAN TEKNOLOGI ZAMAN RASULULLAH DAN KERAJAAN ISLAM
↝KRONOLOGI ZAMAN
- ZAMAN RASULULLAH SAW
- Meletakkan asas dalam sains dan teknologi berdasarkan suluhan syariat.
- Sains yang berdasarkan ayat ayat al-Quran dan hadis
- Rasulullah SAW sering mengubati pesakit dengan memca ayat ayat al-Quran
- Sains islam bertapak di Madinah dan Mekah
- Menuntut manusia mengkaji tentang manusia,haiwan,tumbuhan,dan lain lain
↝KRONOLOGI ZAMAN
- ZAMAN KHULAFA AL-RASYIDIN
↝PENCAPAIAN
- Perluasan wilayah sehingga ke Romawi dan Parsi.Kemunculan persenjataan dan peralatan perang yang lebih efektif.
- Zaman pertembungan sains Islam dengan Yunani,Parsi dan Romawi
↝KRONOLOGI ZAMAN
- ZAMAN KERAJAAN UMAYYAH
↝PENCAPAIAN
- Perkembangan ilmu sains sudah mula meluas.
- Terciptanya beberapa teknologi seperti perkapalan,alat peperangan dan pertanian
↝KRONOLOGI ZAMAN
- ZAMAN KERAJAAN ABASIYYAH
↝PENCAPAIAN
- Munculnya Pusat Sains Islam di Baghdad
- Munculnya Baitul Hikmah(Gedung Kebijaksanaan dalam kegiatan sains dan teknologi)
- Munculnya cendekiawan Muslim yang ramai
- Wujudnya institusi sains seperti balai cerap dan hospital
↝ZAMAN KRONOLOGI
- ZAMAN KERAJAAN ISLAM DI ANDALUS
↝PENCAPAIAN
- Pusat-pusat sains dan intelektual muncul di kota-kota seperti Cordova,Granada dan Sevillle
- Sains teknologi dan kejuteraan bertambah meluas dan berimpak tinggi
2.6.5 SUMBANGAN SARJANA ISLAM DALAM PENCAPAIAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJUTERAAN
Kepesatan sains teknologi dan kejuteraan dalam kerancakan berinovasi merupakan elemen utama yang membina pencapaian dan ketamadun sesebuah negara.
TOKOK ISLAM DAN SUMBANGAN MERDEKA
- AL-RAZI(865-925M)
Nama sebenar beliau ialah Zakaria al-Razi dan di Barat dikenali sebagai Rhazes.Beliau dilahirkan di Ray berhampiran dengan Taheran Parsi.Al-Razi ialah tokoh perubatan islam yang terkenal.Beliau bukan sahaja terkenal sebagai ahli perubatan,bahkan beliau juga terkenal sebagai ahli biologi,fizik dan kimia.Karya beliau yang paling masyhur adalah berkaitan dengan penyakit campak dan cacar.
2. AL-KHAWARIZMI(780-850M)
Nama sebenar beliau ialah Muhammad ibn Musa al-Kawarizmi.Beliau dianggap sebagai Bapa al-Jabar.Beliau juga merupakan tokoh Matematik dan Algebra.Karya beliau diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada 1120M yang berjudul De Numero Idorom oleh Prince Boniopagni.Antara karya beliau yang terkenal ialah al-Jami' Wa al-Jabar dan kitab al-Mukhtasar fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah.
3. IBN SINA (370-480H/980-1037M)
Nama sebenar beliau ialah Abu Ali Hussain bin Abdullah bin Sina.Ibnu Sina dilahirkan di Ashrafa berhampiran dengan berhampiran dengan bandar Bukhara.Di Barat,beliau dikenali dengan nama Avicenna.Ibnu Sina dikenali sebagai Tokoh Perubatan Agung dalam dunia Islam dan juga di Barat dengan nama al-Sheikh al-Rais atau Prince of Physicians.Karya beliau yang terkenal ialah Qanun fi al-Tibb.Sumbangan beliau dalam bidang perubatan adalah menganalisa pelbagai jenis penyakit dan telah menjadi doktor kepada bebrapa orang Kalifah al-Gurgan,Hamadan dan Isfahan.Ibnu Sina juga menjadi orang pertama menemui ubat bius.
4. AL-ZAHRAWI (936-1031)
Nama sebenar beliau ialah Abu Qasim al-Zahrawi.Beliau dikenali dengan nama Abu Casis di Barat.Al-Zahrawi merupakan tokoh pembedahan (pakar bedah) serta pernah berkhidmat sebagai doktor di Istana al-Hakam II.Karya beliau dalam bidang pembedahan ialah kitab al-Tasrif.Sumbangan beliau dalam perubatan ialah penghasilan karya mengenai penyediaan dadah daripada tumbuhan,mineral dan haiwan dengan nama Latinnya,Liber Servitoris.Selain itu,beliau telah mencipta teknik pembedahan dan mencipta alat pembedahan.
5.AL-BATTANI (858-929M)
Nama sebenar beliau ialah Muhammad ibn Jarir Sinan Abu Abdullah al-Battani yang dilahirkan di Battan.Di Barat,beliau dikenali dengan nama Albategannius.Beliau merupakan tokoh matematik dan astronomi.Al-Batanni telah nmemperkenalkan teori tangen,kotengen,sinus dan kosinus serta menghasilkan sifir kotangen.Karya beliau yang lain ialah kitab Risalah fi Miqdar,Tahqiq al-Ittisalat dan banyak lagi.Sumbangan beliau adalah memulakan pencerapan terhadap bintang sejak tahun 264H sehingga tahun 306H.Kejayaan terbesar beliau adalah menyiapkan jadual gerhana matahari.
6. AB RAHMAN AL- SUFI (903-986M)
Ab Rahman al-Sufi ialah tokoh dalam bidang astronomi.Beliau merupakan orang pertama menulis mengenai astronomi.Ab Rahman berjaya mengakatalogkan lebih daripada 1000 jenis bintang.
7. JABIR IBN HAYYAN (750-803M)
Di barat beliau dikenali dengan nama Geber.Beliau dianggap sebagai Bapa Kimia Arab dan dilahirkan di Kufah.Beliau ialah tokoh Kimia Islam terkemuka.Antara teori kimia yang diketengahkan oleh beliau adalah mengenai logam seperti timah,timah hitam,besi dan suasa yang boleh bertukar menjadi emas dan perak melalui proses penggunaan bahan-bahan kimia seperti cinnabon.
8. YAQUB IBNI ISHAQ AL-KINDI (800-873M)
Nama sebenar beliau ialah Abu Yusuf Yaqub Ibn Ishaq al-Kindi dan dilahirkan di Kufah.Bapanya adalah seorang pegawai pada zaman kerajaan khalifah al-Makmum,al-Mustasim dan al-Mutawakkil.Beliau hidup sezaman dengan saintis hebat,iaitu al-Khawarizmi.
9.ABU AL-NASR AL FARABI (870-950M)
Beliau dilahirkan di perkampungan Farab,Turkistan dan berketurunan Farsi.Beliau belajar sambil bekerja selama 41tahun. Beliau pakar dalam bidang sains, falfasah, mantik, sosiologi, perubatan, matematik dan muzik.
10.ABU RAIHAN AL-BIRUNI (362-442H/973-1051M)
Nama sebenar beliau ialah Abu Raihan al-Biruni dilahirkan di luar Kota Khwarazm,bandar Khiva pada tahun 362H/973M.Beliau merupakan tokoh astronomi terkenal pada ketika itu.Al-Biruni menuntut ilmu di bawah bimbingan seorang guru ,iaitu Abu Nasr al-Mansur,seorang ahli astronomi dan matematik yang pernah menulis syarahan di dalam buku Spherics karya Menelaus.
TOKOH TOKOH KEJURUTERAAN DALAM ISLAM YANG LAIN
1. Al-Jazari dan al-Din
Mereka berjaya membuat modifikasi kepada shaduf dan menerangkan keadah penggunaannya dalam kitab kitab karangan mereka. Shaduf ialah alat mengangkut air bagi tujuan pengairan , perumahan, industri dan lain lain. Mesin yang telah dicipta itu telah digunakan di Sungai Yazid di damascus. Alat ini berfungsi melalui roda yang separuh terbenam dalam sungai dan akan berputar disebabkan oleh aliran sungai tersebut. Taqi -Din menerangkan dalam kitab-kitabnya mengenai penggunaan alat mengepam air menggunakan roda berskop.
2.Banu Musa
Banu Musa ialah gelaran untuk tiga orang ahli matematik Islam pada zaman pemerintah Khalifah al-Ma'mun. Beliau mencipta mesin yang menggunakan bantuan air dan angin. Alat ini digunakan untuk memesin jagung ,menghancurkan gula dan mengepam air. Banu telah berjaya mencipta bekas automatik yang boleh mengisi bejananya (bekas air )sendiri.
2.6.6 SUMBANGAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN KEPADA KEPADA INSTITUSI INTELEKTUAL ISLAM
Institusi intelektual memainkan peranan penting dalam pembinaan dan pembangunan tamadun Islam.
1.Universiti dan institusi pendidikan
- Wujudnya universiti-universiti di wilayah antaranya Universiti al-Azhar, universiti di Andalus , contohnya Universiti Granada, Universiti Cordava dan Universiti Seville.
- Wujudnya Baitul Hikmah yang didirikan oleh Khalifah Harun al-Rasyid di Baghdad. Hasil sumbangan beliau , lahirlah golongan penterjemah yang mahir, agen penukaran budaya dan pemindahan teknologi ,menerbitkan bahan ilmu yang berkualiti dan berjaya menghidupkan budaya ilmu.Selain itu, penterjemaah daripada pelbagai bangsa dapat dihimpunkan dengan kewujudan institusi ini,di samping berjaya menginstitusikan ilmu pengetahuan.
- Hospital berperanan sebagai pusat pengajian dan penyelidikan perubatan ,rawatan serta pusat latihan kejururawatan dan kedoktoran . institusi ini berjaya mempelbagaikan kaedah rawatan terutamanya dalam aspek spiritual,pencegahan aromaterapi dan mengeluarkan penyakit.
- institusi ini turut memperkenalkan kaedah pembedahan untuk penyakit penyakit tertentu. Antara fungsinya adalah dapat menginstitusikan pusat rawatan seperti hospital ,hospital bergerak dan berpusat kecemasan. Selain itu, etika dalam profesion kedoktoran dan pusat pengajian perubatan yang lebih teratur dapat diperkenalkan.
- Balai cerap berperanan sebagai pusat penyelidikan ,pusat latihan pembelajaran astronomi dan pusat pengumpulan data. Pusat ini berjaya menggabungkan pelbagai disiplin ilmu dan pengkajian astronomi seperti matematik ,trigonometri dan algebra.
- Balai cerap juga berfungsi menghubungkan manusia dengan penciptanya ,membuat pembetulan data-data yang kurang tepat dalam tamadun silam,mewujudkan kecenderungan mengkaji alam secara rasional dan emprikal serta menekankan kaedah penggunaan instrumen dan cerapan untuk mengisahkan teori.
- Teknolgi bangunan mempunyai kaitan rapat dengan bidang seni bina .Ia berjaya menonjol teknologi seni bina Islam yang mengagumkan seperti Masjid al-Aqsa di Jurusalem dan juga Masjid Ummayad di Damascus yang dibina pada kurun ke-7M.
- Dalam bidang ini ,pembinaan jambatan Shahristan di Isfahan , Iran amat dikagumi pada kurun ke-12M. Keistimewaannya ialah jambatan ini mempunyai pintu gerbang yang banyak dan bersegmen
- Pada zaman pemerintahan Umar Abdul Aziz, beliau telah mengarahkan pembinaan terusan yang panjangnya 10M untuk mengalirkan air Sungai Furat ke Bashrah sebagai punca air kerana berlakunya kemarau yang panjang.
- Di Parsi pula,teknologi air bawah tanah telah dibina di sekeliling bandar Isfahan dengan mengalirkan air dari Sungai Zayandirud bagi kegunaan pertanian dan perumahan.
PENUTUP
Pengakhiran kata, semua perkara di dunia mempunyai keburukan dan kebaikan tersendiri. Islam adalah agama yang benar, sebagai seorang muslim kita mestilah patuh ajaran islam dan menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup supaya tidak terpesong ke lembah kemungkaran. Al-Quran telah menceritakann segala-galanya. Jadikan saintis islam terdahulu yang berjaya membuat kajian dan penemuan baharu berdasarkan Al-Quran. Kesimpulannya, hidup kita di dunia ini adalah bagaikan sebuah ujian di mana Al-Quran adalah sebagai rujukan atau dalam erti kata lain buku teks dan Nabi Muhammad pula sebagai guru kita, perbuatan kita di dunia pula sebagai jawapan ujian dan gagal serta gagal lulus adalah syurga neraka kita
Rujuk
1)mohd azli adnan-oxford fajar Sdn.Bhd
2)https://www.slideshare.net/nazcloud1/sumbangan-tamadun-islam-dalam-sains-teknologi-dan-kejuruteraan
3)http://ctu551.blogspot.my/2008/04/pencapaian-umat-islam-dalam-sains.html
Comments
Post a Comment